Apa Itu Essential Oil?
ha. tajuk paling basic. kiranya pengenalanlah ni. kalau di kawasan bandar-bandar, perkataan essential oils ni ramai yang tahu. sebabnya, penggunaan essential oils ni meluas dan senang didapati. bagi kawasan luar bandar pula, terms essential oils ni sedikit jarang didengari. meh kak elle terangkan sedikit apa itu essential oils sebab ketiga-tiga produk yang kak elle letak di blog ini adalah berasaskan essential oil.
kalau dalam bahasa melayu, kita sebut dia MINYAK PATI. essential oil tu dalam inggeris. okay, lebih senang kalau kita taip sebagai eo (essential oil). eo ni kan, dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan. batang ke. daun ke. akar ke. bunga dia ke. any parts of tumbuh-tumbuhanlah senang cerita. dan bila kita kata pati, maksudnya ia adalah concentrated. PEKAT. contoh kak elle beri, dalam setitis eo peppermint, bersamaan dengan 26 cawan teh peppermint.
![]() |
| sumber: Google |
eo ni, kita ekstrakkan dia dari tumbuhan tersebut. kita ambil esen (essence) dia iaitu bau kepada tumbuh-tumbuhan itu sendiri. kak elle percaya, korang tahukan, setiap tumbuh-tumbuhan tu ada characteristic atau dalam melayu, kita panggil ciri-ciri dia tersendiri. contoh macam bau halia dengan bau lengkuas, adakah sama? lainkan? dari bau kita kenal ohh ini halia. ini lengkuas. beza. haa macam tulah maksud kak elle pasal characteristic tu.
macam mana eo ini dihasilkan?
secara amnya ia melalui proses penyulingan menggunakan stim. proses lain untuk hasilkan eo adalah seperti expression, solvent extraction, absolute oil extraction, resin tapping, dan cold pressing. yang menariknya dari eo ini, kita boleh olah dia untuk penggunaan harian macam tu sahaja, atau kita dilute eo itu mengikut nisbah yang disarankan bagi setiap umur. maksudnya di sini, dos untuk kanak-kanak adalah berbeza dengan dewasa.
selain dari itu, eo ni kita olah dia dan kita campur dalam minyak wangi, kosmetik, sabun dan lain-lain produk lagi. boleh juga digunakan sebagai perasa dan makanan dan minuman, atau juga menambahbaik bau produk yang kita gunakan untuk mencuci seisi rumah. sambil membersih, boleh dapat wangi jugakan? memang menarik.




Comments
massage cairo
aromatherapy massage benefits
aromatherapy body massage